Tuesday, January 24, 2023

what a MARRIED life!

 Assalamualaikum and hai guys!,

Jadi pada post yang lepas aku ada cakap yang aku akan update kehidupan yang aku telah lalui pada-pada masa lepas, yang aku tak sempat nak update dekat blog lama aku (dah kena remove dengan google). last posting blog aku yang dah lenyap tu se-ingat2 aku ialah pasal aku dah grad Degree pada tahun 2018, masa tu konvokesyen aku. jadi posting harini adalah berkenaan kehidupan aku yang dah berlaku seterusnya... pasal kahwin!.

 Yes Alhamdulillah, pada tahun 2022 aku dah pun berkahwin dengan seorang gadis cantik dan baik berasal dari negeri Terengganu. out of nowhere aku boleh kenal dan berkahwin dengan orang Terengganu, padahal seumur hidup aku baru 2 kali pergi Terengganu, tu pun masa zaman study dulu, join program sukarelawan banjir di Kemaman dan Program Festival Zapin Anak Johor UMT. lain-lain masa aku tak pernah sampai sana.

Secara ringkasnya perkenalan kami bermula di Instagram, housemate masa degree kenalkan pada aku adik kawan wife dia, masa tu 28 Jun 2020, masa birthday aku, dia wish dekat DM instagram. then memandangkan aku ni jarang text orang dekat IG, so kami beralih ke Whatsaap, jadi sejak dari situ sesi perkenalan hati budi masing-masing bermula di alam maya. sampailah aku ajak dia jumpa dekat IOI Mall Putrajaya dalam bulan sept. 2020, tu memang first time jumpa, nasib baik masa tu wajib pakai facemask, so muka awkward tu takdelah nampak sangat. then kitaorang tak pernah jumpa sebab PKP, PKPB... musim covid time tu. sampailah November 2021, aku request nak jumpa mak ayah dia utk kenalkan diri secara rasmi, tapi mak ayah dia request untuk aku bawa family aku sekali utk kenal2, then time tu aku dah beli cincin merisik, dari sesi perkenalan keluarga terus jadi majlis merisik. Alhamdullillah.


Sebulan selepas tu disember 2021 kami telah bertunang dan tempoh pertunangan yang dipersetujui ialah 6 bulan. so sempatlah aku buat persiapan sikit2. cukup 6 bulan aku tunang, Alhamdulillah 10 Jun 2022 kami telah diijab kabulkan, sah sebagai suami isteri.



Perkenalan aku dan isteri sangat ringkas dan simple, lepas sekali jumpa terus Merisik, lepas 2 kali jumpa terus tunang, lepas 5 kali jumpa dah nikah. memang tak sempat nak bercinta, berbual pun thru whatsaap, vidcall tu jarang2 sekali, boleh dibilang pakai jari je. kami bercinta selepas kahwin. walaupun perkahwinan ini masih diperingkat awal dan muda, mentah orang kata, tapi aku bersyukur atas semua nikmat yang Tuhan dah berikan kepada aku. 


Majlis kesyukuran di Terengganu diadakan pada hari yang sama dengan nikah, so habis je majlis nikah pagi tu, terus sanding, utk majlis Terengganu kami gunakan persalinan pengantin melayu.
selang seminggu lepastu, majlis di Johor pulak, kitaorang guna persalinan pengantin jawa gaya solo.


semoga perkahwinan yang dibina ini menjadi perkahwinan yang sakinah mawadah waahmah.

...........................................................................................................






No comments:

Post a Comment

what a MARRIED life!

 Assalamualaikum and hai guys !, Jadi pada post yang lepas aku ada cakap yang aku akan update kehidupan yang aku telah lalui pada-pada mas...